Labels

1M1S (2) e-Learning (1) Gimnastik (1) Gimrama (1) Kalender (2) KSSR (1) Pengenalan (1) Sukan (2)

Tuesday 6 December 2011

Badminton

 KEPERLUAN DAN PERALATAN

TEKNIK ASAS MEMEGANG RAKET UNTUK PELBAGAI PUKULAN


TEKNIK MEMULAKAN SERVIS



PERGERAKAN TEKNIK SERVIS




Monday 7 November 2011

Gimrama

+ Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik
+ Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)
+ Pergerakan gimrama berkodinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan
+ Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah
+ Pada tahun 1962, FIG telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri
+ Pertandingan gimrama di peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary tahun 1963
+ Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat
+ Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas
+ Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan

Pengenalan

PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 1.1 Menunjukkan lakaran organ dan bahagian tubuh badan kita.




Rajah 1.1: Tubuh manusia

Mengenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan adalah penting supaya kita tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya. Jadual 1.1 mengandungi sinopsis organ-organ utama tubuh badan, kedudukan di dalam tubuh serta fungsinya.




Jadual 1.1: Kedudukan dan Fungsi Organ


OrganKedudukan            Fungsi
OtakTerletak di dalam ruang tengkorak        
Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh.
Paru-ParuTerletak di dalam ruang toreks
Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar karbon dioksida serta wap dari darah.
Jantung
Terletak pada belakang tulang dada di dalam ruang toreks di antara paru-paru.
Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa.
Perut
Perut bersambung terus daripada kerongkong. Ia bergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen.
Ia menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.
Hati
Terletak di bawah ototdiaphragm dalam ruang abdomen.
Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan sertametabolisme.
Buah PinggangTerletak di dinding belakang abdomen
Membuang air yang berlebihan dalam tubuh. Membuang hasil perkumuhan seperti urea danasid urik.
Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan yang terkandung dalam darah.