Labels

1M1S (2) e-Learning (1) Gimnastik (1) Gimrama (1) Kalender (2) KSSR (1) Pengenalan (1) Sukan (2)

Monday 7 November 2011

Pergerakkan Pendidikan

PERGERAKAN PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

Gimnastik Pendidikan

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu:

1. Kesedaran tubuh badan
2. Kesedaran ruang
3. Kesedaran masa
4. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
5. Kesedaran beban
6. Kesedaran aliran
7. Kesedaran perkaitan dengan orang lain
8. Kesedaran ritma

Tujuan gimnastik pendidikan ialah:

1. Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan
2. Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran
3. Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah
4. Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik

No comments:

Post a Comment